Rabu, 2 Jun 2010

Terapi Bowling.. Again!!!!







Pada 2 JUN 2010, Kelas PPKI SK Dewan Beta telah mengadakan terapi bowling di Perdana Super Bowl jam 9.30 pagi. Aktiviti ini disertai oleh semua murid kelas PPKI untuk memberi kemahiran beRmain salah satu permainan yang popular di kalangan masyarakat kita. Ia juga menjadi salah satu terapi untuk murid bekeperluan khas untuk meningkatkan kemahiran motor kasar dan halus serta koordinasi mata dan tangan.
Aktiviti ini dimulakan dengan murid menjalankan aktiviti memanaskan badan untuk mengelakkan berlaku kecederaan. Guru memberi panduan kepada murid cara bermain dengan betul. Setelah itu setiap murid diberi peluang bermain sebanyak dua game... dengan pengawasan guru dan ppm.

Pelbagai cara dan aksi murid dapat dilihat semasa permainan ini dijalannkan. Murid begitu seronok dengan aktiviti luar ini. Alhamdulillah aktiviti ini selesai pada jam 11.30 tengah hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan