Rabu, 28 April 2010

Terapi Pasir di Jeram Pasu




Pada 28 April (RABU), Kelas PPKI Sk Dewan Beta telah mengadakan aktiviti terapi pasir di Air Terjun Jeram Pasu. Aktiviti ini disertai oleh 8 orang murid. Objektif aktiviti ini adalah untuk mengaplikasikan aktiviti terapi kepada murid yang menjadi elemen penting kepada murid PPKI. Disamping itu untuk meningkatkan kreativiti dan sosial murid
Antara aktiviti yang dijalankan :
i. Aktiviti ini dimulakan dengan aktiviti memanaskan badan
ii. Menulis nama atas pasir dan membuat binaan daripada pasir mengikut kretiviti murid
iii. Mencari harta karun di dalam pasir
iv. Aktiviti riadah- mandi
v. Rehat dan makan- Barbeque ayam dan mee goreng.

Alhamdulilah semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya dan murid begitu bersungguh-sungguh dan ceria ketika mengikuti aktiviti ini.


Aktiviti ini selesai dijalankan pada jam 12.00 tengah hari

Tiada ulasan:

Catat Ulasan