Rabu, 30 Jun 2010

JOM KITA BERTUKANG!!




Murid PPKI telah melaksanakan satu lagi bidang aktiviti Kemahiran Hidup di dalam Pendidikan Khas iaitu bertukang. Murid diajar asas kemahiran bertukang iaitu menukul paku dan mengergaji kayu. Aktiviti ini dapat meningkatkan kemahiran pertukangan murid serta koordinasi mata dan tangan. Ia juga bertujuan memberi pengalaman berguna kepada murid. Murid kumpulan gemilang diberi tugasan menukul paku pada kayu dan mencabut paku menggunakan tukul manakala murid Kumpulan Terbilang membuat papan penghiris menggunakan kayu dan papan lapis yang memerlukan murid mengukur kayu, menggergaji dan menukul paku pada kayu.

Semoga murid dapat manfaat melalui aktiviti ini...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan