Isnin, 18 Oktober 2010

LAWATAN INTEGRASI PENDIDIKAN KHAS-PEMULIHAN KHAS SK DEWAN BETA KE BUKIT MERAH LAKETOWN RESORT & NIGHT SAFARI TAIPING












Pada 13 dan 14 Oktober 2010 (Rabu -Khamis), Program PPKI dan Kelas Pemulihan Khas SK Dewan Beta telah menganjurkan Lawatan Integrasi Pendidikan Khas (Bermasalah Pembelajaran)- Pemulihan Khas ke Bukit Merah Laketown Resot dan Night Safari Zoo Taiping.

Aktiviti yang julungkali diadakan adalah untuk memberi pengalaman dan pengintegrasian kepada murid dalam mengikuti aktiviti yang terdapat dalam takwim tahunan kelas secara bersama serta menikmati keindahan yang terdapat di Bukit Merah Laketown Resort dan Night Safari.

Objektif lawatan ini adalah untuk memberi murid merasa suasana perjalanan jauh dengan bas dan menaiki bot ( pengangkutan air ) setelah sebelum ini mereka diberi pengalaman menaiki pesawat dan juga keretapi. Ia juga sebagai simbolik kepada proses pengintegrasian murid pendidikan khas dengan semua pihak melalui aktiviti yang diikuti dan mencari penaja untuk menjayakan aktiviti ini daripada semua pihak. Lawatan ini juga disertai oleh Guru Besar Sk Dewan Beta, Tuan Hj. Saad Bin Arifin, yang cukup perihatin dalam memastikan perlaksanaan aktiviti PPKI serta cakna dalam kebajikan murid-murid.

Terima kasih juga kepada semua pihak yang telah memberi sumbangan dalam menjayakan aktiviti ini.

Lawatan ini disertai oleh 9 orang guru ppki, kelas pemulihan serta ppm, 10 orang murid ppki dan 7 orang murid pemulihan khas.

Perjalanan aktiviti adalah seperti berikut:

Peserta lawatan bertolak jam 8.00 pagi dan tiba di Bukit Merah pada jam 4.00 petang. Pada hari pertama murid melawat Pulau Orang Utan dengan menaiki bot. di sana mereka diberi penerangan oleh koordinator dan dapat melihat pusat penjagaan orang utan dari peringkat lahir hinggalah berumur 29 tahun.

Selepas itu pada jam 5.30 petang mereka Check in Hotel Suria Apartment. Pada jam 7.00 malam makan malam di Cafe Hotel.

Pada Jam 8.30 mereka tiba diNight Safari Zoo Taiping, Mereka dibawa dengan keretapi untuk melihat hidupan binatang diwaktu malam yang begitu aktif.

Pada jam 11.30 peserta pulang ke tempat penginapan.

Pada jam 8.00 pagi selepas makan pagi, murid melakukan aktiviti terapi air di kolam Suria apartment.

Jam 10.00 pagi murid dibawa ke Taman Ecopark untuk melihat binatang dan pertunjukkan Burung Nuri yang mempunyai pelbagai kemahiran seperti mengayuh basikal, menaikkan bendera, bermain kasut roda dan sebagainya. Murid juga diberi peluang membelai dan memberi makan kepada binatang seperti monyet, burung, ikan, memerang, dan sebagainya.

Pada jam 12.00 tangah hari, murid diberi peluang bermain di taman tema air Bukit Merah. Taman tema ini mempunyai beberapa bahagian seperti suasana pantai yang berombak, rtaman permainan air, serta pelbagai peralatan permainan seperti gelongsor.

Pada jam 3.00 petang selepas bermain air murid diberi peluang melihat dan membeli cenderamata untuk di bawa pulang.

Pada jam 3.30 petang peserta lawatan bertolak pulang ke Sk Dewan Beta dan tiba pada jam 11.00 malam

2 ulasan:

  1. tahniah kpd tenaga pengerak lawatan ini,,,,suka tgk aktiviti yg dijlnkan amat bnyk memberi pengalaman kpd murid2 PPKI....dgn harapan selepas ini ada juga lain-lain sekolah mengikuti aktiviti spt ini,,,,dari kami warga PPKI SKKK 1.

    BalasPadam
    Balasan
    1. SAYA SANGAT BERSYUKUR ATAS REJEKI YANG DIBERIKAN KEPADA SAYA DAN INI TIDAK PERNAH TERBAYANKAN OLEH SAYA KALAU SAYA BISA SEPERTI INI,INI SEMUA BERKAT BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA YANG TELAH MEMBANTU SAYA MELALUI NOMOR TOGEL DAN DANA GHAIB,KINI SAYA SUDAH BISA MELUNASI SEMUA HUTANG-HUTANG SAYA BAHKAN SAYA JUGA SUDAH BISA MEMBANGUN HOTEL BERBINTANG DI DAERAH SOLO DAN INI SEMUA ATAS BANTUAN MBAH RAWA GUMPALA,SAYA TIDAK AKAN PERNAH MELUPAKA JASA BELIAU DAN BAGI ANDA YANG INGIN DIBANTU OLEH RAWA GUMPALA MASALAH NOMOR ATAU DANA GHAIB SILAHKAN HUBUNGI SAJA BELIAU DI 085 316 106 111 SEKALI LAGI TERIMAKASIH YAA MBAH DAN PERLU ANDA KETAHUI KALAU MBAH RAWA GUMPALA HANYA MEMBANTU ORANG YANG BENAR-BANAR SERIUS,SAYA ATAS NAMA PAK JUNAIDI DARI SOLO DAN INI BENAR-BENAR KISAH NYATA DARI SAYA.BAGI YANG PUNYA RUM TERIMAKASIH ATAS TUMPANGANNYA.. BUKA DANA GHAIB MBAH RAWA GUNPALA

      Padam