Khamis, 25 Mac 2010

Terapi Berkuda

Pada 24 MAC lalu, Kelas PPKI telah menjalankan aktiviti terapi berkuda di Padang Kuda di YOKUK Pengkalan Chepa. Aktiviti ini disertai oleh murid, guru kelas, guru pelatih IPG kampus Kota Bharu dan guru ROS dari IPG Kampus Ilmu Khas serta PPM.
Terapi ini dijalankan oleh jurulatih YOKUK yang lebih mesra dikenali sebagai "POKLI". Beliau berpengalaman lebih daripada 20 tahun sebagai jurulatih.
Aktiviti terapi melibatkan pergerakan dan regangan semasa menunggang kuda. Ia bertujuaan untuk meningkatkan keyakinan diri murid serta menguatkan psikomotor murid bekeperluan khas.
SEKALUNG PENGHARGAAN KAMI KEPADA YOKUK!!!

1 ulasan:

  1. assalammualaikom...

    tahniah dari kami di anakkhas.com... kami masih merancang dan masih belum dapat melaksanakan terapi berkuda ini...padahal kemudahan yang kami ada di sibi lebih baik dari di kelantan... kesungguhan dari guru2 sangat penting... kalau seorang jer bersungguh apa pun susah nak dilaksanakan tahniah....

    BalasPadam