Rabu, 10 Mac 2010

PROGRAM JELAJAH KELANTAN SELATAN

Pada 3 dan 4 Mac 2010, Kelas Pendidikan Khas Integrasi SK Dewan Beta telah mengadakan lawatan Jelajah Kelantan Selatan dengan keretapi. Aktiviti ini disertai oleh 8 murid, 3 guru dan 3 pembantu pengurusan murid (ppm).

Objektif utama lawatan ini untuk memberi peluang kepada murid istimewa merasa dan melihat suasana panorama kawasan pendalaman Kelantan sepanjang perjalanan ke Bandar Gua Musang dengan kereta api serta meninjau kemajuan dan keunikan bandar Gua Musang.

Kronologi Lawatan seperti berikut
3 Mac 2010
-Peserta bertolak dengan kereta api di stesen ktm Wakaf Bharu pada jam 2.25 petang.
-Tiba di stesen ktm Gua Musang jam 7.50 malam.
-Disambut oleh Penyelaras dan Guru Program Pendidikan Khas SMKTIP1
-Menaiki van SMK Tengku Indera Petra 1 (SMKTIP1) ke tempat penginapan Kesedar inn
-Makan malam di Kesedar Inn

VISUAL HARI PERTAMA



4 Mac 2010
-Sarapan Pagi di Kesedar Inn
-8.30 pagi- Menaiki van melawat Program Pendidikan Khas SMK TIP 1 dan beramah mesra dengan guru dan murid
selepas itu kami dibawa ke Asrama Muhibbah SMKTIP1 untuk dihiburkan dengan Tarian Tradisi orang asli iaitu Tarian Sewang oleh murid asli

9.30 pagi- Menaiki van untuk melawat Taman Etnabotani yang juga menjadi kem untuk peserta PLKN. Di situ kami melihat rusa dan ostrich yang jinak. Kami juga melawat Taman Herba yang mempunyai spesis pokok yang sesuai untuk ubat-ubatan tradisional seperti mascotek, pokok kesing, tongkat ali dsb.

11.30 pagi. Melawat kilang IKS di Kg. Batu Papan membuat sos jenama NAEILA. Disini murid dapat melihat proses membuat sos , memaket dan pasaran sos tersebut.

12.00 tgh- Melawat Kawasan Rekreasi Gua Madu yang mempunyai sungai yang bersih, jambatan gantung dan gua yang dihiaskan menjadi tempat mussala. Murid begitu teruja melihat gua tersebut.

1.00 tgh- Pulang ke tempat penginapan dengan melalui kawasan bandar dan kompleks jabatan kerajaan di Gua Musang.

1.30 tgh Makan tengah hari

3.45 petang- Bertolak pulang dengan kereta api di stesen ktm G. Musang
7.50 malam- Tiba di Wakaf Bharu.
8.30 malam- Tiba di Sk Dewan Beta


VISUAL HARI KEDUA


Penghargaan & Terima Kasih kepada Penaja:
1. Kesedar Inn- Tajaan Penginapan dan makan peserta.
2. Pengetua SMK Tengku Indera Petra 1- Tajaan pengangkutan dan lawatan
3. Kereta api Tanah Melayu (KTM)- Tambang separuh harga keretaapi kepada peserta
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat-Mengangkut peserta dari sekolah ke stesen KTM Wakaf Bharu pergi dan balik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan