Sabtu, 18 Julai 2009

Yang Ditunggu Sudah Tiba!!!!

Pada 15 JULAI 2009 (RABU) lalu, Kelas PPKI telah menerima 14 item barangan elektrik daripada JPN Kelantan untuk kelas ini. Barangan tersebut seperti peti ais, tv, mesin basuh, microwave, penyedut hampagas dan banyak lagi. Syukur kami panjatkan kepada Allah kerana peralatan tersebut memberi kami lebih bersemangat untuk mengajar dan belajar. Ini menambahkan lagi iltizam kami untuk meningkatkan kualiti pengajaran dan menjadikan kelas ini sebagai yang terbaik selaras dengan misi dan visi Kelas PPKI SK Dewan Beta. Terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang telah memberi sokongan moral dan material untuk kami terus mendidik murid kami dengan ilmu dan pengalaman yang berguna.

Diharapkan selepas ini kami dapat menerima pula peruntukan bangunan baru dan kemudahan yang sama atau lebih baik seperti Kelas PPKI sekolah yang terhebat yang lain. Sesungguhnya usaha kami ini tiada lain dan tidak bukan hanya untuk anak murid kami supaya menjadi insan yang dapat berdikari, berilmu dan bertakwa !!!!!! Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan