Program Intergrasi Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) SK Dewan Beta dibuka oleh Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan pada tahun 2008 bertujuan memberi peluang kepada murid Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran mengikuti aktiviti formal di sekolah biasa dengan menggunakan sukatan pelajaran yang diubahsuai mengikut tahap pemikiran murid
Pada 25 Jun Yang lalu satu perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah telah diadakan di Pantai Sri Muara, Bachok Kelantan. Perkhemahan tersebut adalah yang julung kali diadakan pada tahun ini. Bagi menyahut cabaran tersebut, seramai enam orang murid kelas ppki telah ikut serta. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam tersebut memberikan banyak pengalaman pahit dan manis kepada mereka, dimana selama tiga hari itu mereka belajar hidup berdikari serta belajar bergaul dan bekerjasama dengan murid kelas normal. Antara aktiviti yang menarik ialah persembahan malam kebudayaan serta aktiviti kembara dan burung hantu. Apa yang penting dan amat membanggakan ialah mereka dapat mengharungi segala cabaran tersebut dengan sempurna!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan