Memaparkan catatan dengan label Azman Ab Latif. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Azman Ab Latif. Papar semua catatan
Rabu, 4 Februari 2009
Selesai sudah mesyuarat...
Mesyuarat Badan Kebajikan Ibu bapa dan Guru Kelas PPKI Sk Dewan Beta telah apat dijalankan dengan jayanya pada hari ini (04/02/2009) jam 11.00 tengah hari.Kehadiran ibu bapa 100% serta kehadiran Guru Besar En Saad Bin Ariffin dan guru penolong kanan 1 SK Dewan Beta menjadikan objektif mesyuarat mempertemukan pihak pentadbir, ibu bapa dan guru Pendidikan Khas tercapai. Mesyuarat ini dapat dijalankan dengan lancar dan setiap agenda dapat dilaksanakan dan dibincangkan bersama. Mesyuarat tamat pada jam 12.10 tengah hari..
Selasa, 3 Februari 2009
Terima Kasih kerana menjenguk kami...
Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada Pegawai PPD Kota Bharu (Unit Pendidikan Khas dan Swasta) Tuan Haji Amanah Bin Derahim kerana telah mebuat pemantauan ke Kelas PPKI Sk. Dewan Beta pada 3 Febuari 2008 pada jam 12.15 tengah hari. Kami rasa gembira kerana dapat berkongsi pendapat dan meluahkan perasaan berkaitan pengurusan dan kemajuan kelas kami... Diharapkan perbincangan tersebut dapat memberi kesan yang positif kepada kelas ini kerana program PPKI SK Dewan Beta baru setahun jagung dibuka... Terima Kasih Daun Keladi, Jika ada luang datanglah lagi...
Langgan:
Catatan (Atom)