Isnin, 24 Ogos 2009
KH HARI TERAKHIR SEBELUM PUASA
Pada 20 Ogos 2009 (KHAMIS) yang merupakan hari terakhir persekolahan sebelum cuti pertengahan semester ke 2, murid-murid telah mempelajari menyediakan masakan SANDWICH dengan menggunakan bahan dan cara yang betul. Proses menyediakan masakan ini dikendalikan oleh guru pelatih IPG kampus Kota Bharu iaitu Cikgu Zaidi dan Cikgu Noor Azira. Murid begitu teruja dan bersungguh-sungguh untuk mengetahui cara penyediaan masakan tersebut. Antara aktiviti yang dilakukan oleh murid seperti menghiris bawang, mencampurkan adunan sardin dan mayonis, membuat air dan sebagainya. Setelah selesai menyediakan makanan, murid dan guru menikmati juadah yang telah disediakan bersama-sama dengan perasaan yang gembira dan berpuas hati..
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan