Waktu Kemahiran Hidup (16 APRIL 2009) yang lepas kelas PPKI telah membuat aktiviti bagaimana cara menyediakan Sandwich. Aspek keselamatan dan kebersihan dipentingkan dalam menyediakan makanan tersebut. Aktiviti ini dimulakan dengan Murid-murid diberi peluang mengupas bawang dan timun, mencincang lada dan timun dan diletakkan dalam satu bekas.
Selepas itu murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan iaitu membuat inti sandwich denga menggunakan ramuan yang sesuai dan secukup rasa, memotong roti dan membuat air milo.
Selepas selesai aktiviti tersebut mereka semua makan secara beradab dan dimulakan dengan bacaan doa makan. Setelah enak menikmati sandwich yang dibuat sendiri oleh mereka, murid-murid membasuh peralatan dan mengemas meja makan.
Alhamdulilah semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan baik dan lancar.,
Khamis, 16 April 2009
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan