Isnin, 6 April 2009

JOM NAIK BAS G KB...

Pada 1 April 2009 warga kelas PPKI SK Dewan Beta telah menaiki bas henti-henti dan mengadakan lawatan ke Kota Bharu. Walaupun bertolak agak lewat dan menunggu bas lebih kurang 2 jam di perhentian bas depan SK Dewan Beta, namun objektif lawatan dapat dilaksanakan juga seperti melawat dan makan pagi di atas Pasar Siti Khadijah, melawat pusat kraftangan dan mengunjungi pasaraya The Store. Murid juga dapat mengetahui lokasi bangunan agensi kerajaan dan swasta seperti Bangunan Telekom, TNB, Pasar Buluh Kubu dan sebagainya.

Kami bertolak pulang dari Kota Bharu jam 12.50 dan tiba di hadapan Pagar SK Dewan Beta pada jam 1.30 petang. Walaupun murid dan guru serta ppm keletihan kerana menunggu bas yang lama dan berjalan agak jauh di sekitar KB, tetapi keriangan tetap terpancar di wajah mereka. Inilah sebenarnya pengalaman yang hendak diberikan kepada murid Khas supaya mereka terbiasa dengan persekitaran sebenar dan kuat semangat menghadapi cabaran di dalam kehidupan.

Berikut adalah visual kronologi lawatan, Semoga terhibur!!:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan