Ahad, 15 Februari 2009

Emmmh.. Harum Semerbak

Khamis (12 Febuari 2009) lalu, Kelas PPKI telah menyediakan masakan BBQ Ayam untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup di tepi kelas. Murid diberi penerangan dan amali bagaimana untuk membuat persediaan,aspek keselamatan, bahan yang digunakan dan cara memasak BBQ yang betul. Objektif pengajaran tercapai kerana murid berminat dan aktif mengikuti aktiviti dari peringkat menghidupkan api, memasak BBQ ayam dan makan bersama-sama dengan baik.

Terima kasih diucapkan kepada Bos (Guru Besar SKDB) yang telah memberi sumbangan untuk menjayakan aktiviti pembelajaran ini. Kepada warga SKDB yang lain kami memohon maaf kerana tak dapat merasa BBQ ayam ni walaupun harum semerbak masakan ini masuk hingga ke bilik guru dan kelas-kelas.

Apapun di sini kami sertakan visual dan kronologi aktiviti Kemahiran Hidup (Masakan BBQ Ayam)yang telah dilaksanakan..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan