Sabtu, 21 Februari 2009
Aktiviti amali solat
Aktiviti amali solat merupakan satu bahagian penting daripada komponen Pendidikan Agama Islam. Di sini pelajar di latih melakukan gerakan solat dengan betul beserta bacaan dalam solat. Hampir kesemua pelajar dapat melakukan gerakan dalam solat tetapi dari segi hafalan bacaan semasa solat masih ramai yang belum mampu membacanya dengan baik, namun begitu kami cuba sedaya upaya memastikan sekurang - kurangnya mereka dapat membaca dan menghafal surah Al-Fatihah dan beberapa surah pendek yang lain beserta bacaan wajib dalam rukun solat seperti ucapan 2 kalimah syahadah dan sebagainya. oleh kerana banyak komponen yang terdapat dalam pendidikan agama Islam, aktiviti ini di lakukan sebulan sekali berselang seli dengan komponen lain seperti Tauhid, Sirah, Fikah, Hafazan dan sebagainya. Objektif kami dalam pengajaran dan pembelajaran komponen Pendidikan Agama Islam ialah agar murid dapat mengamalkan kehidupan beragama dengan baik sesuai dengan kemampuan diri mereka.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan