Selasa, 27 Januari 2009

Minggu aktiviti bermula

Selesai sahaja minggu orientasi, di mana murid di latih untuk membiasakan diri dengan rutin harian kelas serta mengenali kawasan sekolah, kami terus masuk ke fasa p&p dan aktiviti. Pada minggu ini, aktiviti yang berjaya di laksanakan ialah aktiviti kemahiran hidup. Melalui aktiviti ini, objektifnya ialah supaya murid tahu bgaimana proses menyediakan makanan untuk diri sendiri dilakukan serta bagaimana mengemas semula alatan yang digunakan oleh mereka. Kaedahnya ialah murid akan di bimbing bagi menyediakan sarapan untuk diri sendiri. Murid diajar membuat roti kaya bakar dan teh O, makan dengan adab serta mencuci sendiri pinggan dan cawan yang mereka gunakan dengan betul. Aktiviti tersebut berjalan dengan lancar tanpa sebarang masalah. Murid kelihatan sangat gembira dapat mencuba sendiri cara membuat Roti Kaya Bakar dan Teh O. Objektif aktiviti pada hari tersebut telah berjaya di capai.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan