Rabu, 27 Januari 2010

MESYUARAT BADAN KEBAJIKAN PPKI SK DEWAN BETA



Mesyuarat Badan Kebajikan PPKI SK Dewan Beta telah dijalankan pada 27 JANUARI (RABU) bertempat di Kelas PPKI SK Dewan Beta pada jam 11.00 tgh. Mesyuarat ini bertujuan untuk membincangkan berkaitan pengurusan, perancangan dan laporan kelas PPKI 2010. Kehadiran mesyuarat ini memuaskan kerana semua ibu bapa murid hadir. Beghitu juga dengan penyertaan guru besar SK Dewan Beta Tn. HJ. Saad B. Ariffin dan GPK 1 En Hassan B. Yaacob.

Antara agenda mesyuarat ialah:
1. Ucapan guru besar SK Dewan Beta Tn. Hj. Saad B. Ariffin
2. Pemilihan jawatankuasa Badan Kebajikan 2010
3. Ucapan Pengerusi Badan Kebajikan 2010 En. Kamarulzaman
4. Pembentangan Minit Mesyuarat 2009 oleh Setiausaha Pn. Zaleha Bt. Ismail
5. Pembentangan Belanjawan 2009 oleh Bendahari En. Suhaimi B. Zainuddin
6. Yuran sekolah dan dana kelas
7. Perancangan Aktiviti 2010 oleh Penyelaras En Azman b. Ab. Latif
8. Hal-hal lain.

Mesyuarat ini telah dapat dijalankan dengan baik dan lancar hasil pengkongsian idea daripada pihak pentadbir, ibu bapa, guru dan ppm. Mesyuarat ditangguhkan pada jam 12.15 tengah hari.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan