Isnin, 11 Januari 2010

LAWATAN PEMANTAUAN JPN KELANTAN


Pada 7 JANUARI 2010 (KHAMIS), Tn. Hj. Adnan B. Mohd, Noor (Ketua Sektor Pengurusan Akademik) dan En. Zamri B. Zakaria (Pen. Pengarah Kurikulum) dari Jabatan Pelajaran Negeri Kelantan telah melawat dan memantau kelas PPKI SK Dewan Beta. Lawatan ini untuk memastikan proses pengurusan kelas serta proses pengajaran & pembelajaran berjalan dengan lancar dan berkesan diawal sessi persekolahan.

Pihak kami amat berbesar hati kerana mereka sudi memberi bimbingan dan berkongsi pendapat untuk meningkatkan lagi kualiti pengajaran, kemudahan kelas dan perlaksanaan aktiviti kelas 2010. Kami amat berterima kasih kerana Tn. Hj. Adnan B. Mohd. Noor begitu perihatin dan memberi sokongan moral untuk kami menjayakan aktiviti murid tahun 2010 dengan jayanya. TERIMA KASIH, TUAN!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan