Ahad, 25 Oktober 2009

Sekalung Penghargaan

Pada 22 OKTOBER 2009 (KHAMIS) selesailah sudah praktikum selama 2 minggu untuk KDP 14 Minggu (Pendidikan Khas) yang diikuti oleh Cikgu Tengku Mazzlan (SK Pemberian)dan Cikgu Suhaimi (SK Mulong 2) dari IPG Kampus Kota BHaru. Kami warga PPKI Sk Dewan Beta amat terharu kerana walaupun mereka sudah berpengalaman 20 tahun mengajar, namun niat untuk menuntut ilmu Pendidikan Khas tetap tersemat di hati mereka. Ini memberi motivasi kepada warga pendidik PPKI. Sepanjang 2 minggu berada di SK Dewan Beta beberapa aktiviti p&p dijalankan seperti menjahit, memasak untuk KH. Dan aktiviti luar iaitu bermain bowling. Sekalung penghargaan dari kami untuk Cikgu Tengku Mazlan dan Cikgu Suhaimi...Good Luck

1 ulasan:

  1. assalammualaikom..

    bagaimana nak tambah bilangan pelawat di blog anda?

    iklankan di....Himpunan blog pendidikan khas klik di sini http://bloganakkhas.blogspot.com jadilah follower dan kita kukuhkan komuniti PPKI di malaysia Insyaallah

    BalasPadam