Isnin, 28 September 2009

Aktiviti Sepanjang Bulan Ramadan Lalu....



Sepanjang bulan Ramadan yang lalu, Kelas PPKI telah mengadakan aktiviti pembelajaran bertemakan "Puasa dan Hari Raya". Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
i. Carta Ramadan- Merupakan salah satu cara untuk menggalakkan murid berpuasa dengan menandakan (/) untuk murid berpuasa, (1/2) untuk murid puasa separuh hari dan (0) untuk murid tidak berpuasa.

ii. Membuat Kad Raya (Pendidikan Seni) menggunakan kreativiti murid membuat kad raya menggunakan kertas warna, majalah dan sebagainya untuk dihantar kepada ibu bapa mereka.

iii. Pos Kad Raya (Sosial Alam Sekitar) untuk ibu bapa di pejabat Pos Mulong dengan mengaplikasikan disiplin, sosial dan kemahiran akademik murid seperti beratur untuk membeli stem, membelis stem, menampal stem pada ruang tertentu dan memasukkan kad raya pada peti pos.

iv. Membuat Kueh Raya (Kemahiran Hidup)mendedahkan murid kepada salah satu kemahiran untuk berdikari. Murid diajar memahami resepi, sukatan bahan-bahan, cara yang betul membuat adunan dan memasak kueh raya.

v. Karaoke Lagu Raya (Muzik & Gerakan) Menyanyikan lagu raya dan membuat tarian mudah semasa menyanikan lagu raya.

vi. Mesyuarat Badan Kebajikan Ibu bapa dan Guru PPKI untuk membincangkan Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri.

vii. Majlis Ucapan dan Bermaafan serta penyampaian duit raya kepada murid berdasarkan carta ramadan iaitu Johan, naib johan, Ketiga dan Saguhati. Majlis ini dijalankan pada hari terakhir persekolahan sebelum cuti Hari Raya Aidilfitri selam seminggu.

Semoga aktiviti ini memberi kesan yang positif kepada murid untuk menjadi insan yang BERDIKARI, BERILMU DAN BERAMAL

3 ulasan:

  1. Bagusla idea carta ramadhan tu...tahun depan,saya pun nak buat jugak la kat budak2 saya.. tahun ni lebih daripada separuh murid2 saya berpuasa...kagum rasanya diaorg boleh bertahan sampai ke waktu berbuka..

    BalasPadam
  2. Ramai murid PPKI berpuasa kan?
    tahniah...

    BalasPadam
  3. Panduan dan cadangan diperlukan dari guru2 PPKI. layari http://bloganakkhas.blogspot.com pandangan anda amat diharapkan...

    BalasPadam