Selasa, 4 Ogos 2009

Program Terapi Berkuda di Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan



Pada 29 Julai 2009 yang lalu satu aktiviti terapi berkuda telah berjaya di laksanakan bertempat di Lapangan Berkuda, Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan, pihak PPKI SKDB mengambil peluang ini untuk meluahkan rasa terimakasih terhadap pihak pengurusan YOKUK kerana memberikan kerjasama yang amat baik dalam menjayakan program ini.

Aktiviti berkuda ternyata memberi manfaat sebagai metode penyembuhan bagi pelbagai masalah anak. Mulai dari masalah psikologi, mental, emosi, lemah fizikal, kemampuan berbahasa dan berbicara, bahkan autisme.

"Menunggang kuda adalah kegiatan menarik bagi kebanyakan orang, tapi bagi anak yang memiliki keterbatasan, menunggang kuda boleh menjadi salah satu cara penyembuhan," kata Lisa McCallum, terapist berkuda dari Sleepy Hollow Therapeutic Riding Centre dan South African Riding for the Disabled Association (Sarda).

Setiap tahun, banyak orang mula mengakui manfaat dari terapi menunggang kuda dan jumlahnya terus meningkat. Menurut McCallum, terapi berkuda memiliki tiga manfaat utama, iaitu bersukan, pendidikan dan perubatan. Ketiga - tiga perkara ini sangat diperlukan untuk perkembangan kanak-kanak. McCallum menjelaskan terapi biasa kurang berhasil kerana kanak - kanak sukar untuk menjalani sesuatu secara paksaan, sedangkan aktiviti berkuda, anak memandangnya sebagai kegiatan bermain yang menyenangkan. Sehingga mereka lebih rileks menjalaninya. Berkuda dapat memotivasi anak yang memiliki masalah mental dan emosional, serta lemah dalam pembelajaran. Kegiatan ini membantu mereka berkonsentrasi, sabar, dan berdisiplin tinggi.

"Aktiviti berkuda memerlukan kerjasama antara kuda dan penunggangnya. Saat belajar berkuda, akan tercipta ikatan emosi anak dengan kuda yang dikenderainya", tambah McCallum, "Hubungan unik antara kuda dengan pengenderanya membantu mengatasi ketakutan. Jesteru itu akan tumbuh rasa saling percaya antara anak dengan kuda, hal inilah yang menjadi terapi emosi mereka," ujar McCallum.

Untuk anak yang mengalami fizikal, misalnya kaki lumpuh, berkuda adalah cara mereka menikmati kebebasan yang selama ini tidak bisa mereka dapatkan saat berada di atas kerusi roda. Duduk di atas kuda juga akan melatih otot kaki mereka sehingga lebih kuat malah ada yang sampai mampu berjalan jika dialkukan secara konsisten.

"Saat menunggang kuda, otot-otot pada kangkang anak akan mengalami tindakbalas seperti saat berjalan kaki. Hal itu akan mengaktifkan otot-otot kaki sehingga kaki anak - anak yang lumpuh memberi tindakbalas positif", kata McCallum.

1 ulasan:

  1. aktiviti yang menarik...

    salam kenalan kami dari PPKI SKPU3. Ziarah kami di www.anakkhas.com / http://anakkhas.blogspot.com dan http://bloganakkhas.blogspot.com

    semoga dapat diterima sebagai rakan sepasukan.

    BalasPadam