Khamis, 28 Mei 2009

Car Wash PPKI SK Dewan Beta

Hari terakhir persekolahan (28 MEI 2009)Jam 8.30 pagi, Kelas PPKI telah mengadakan aktiviti membasuh kereta untuk mata pelajaran Kemahiran Hidup. Murid-murid bersungguh-sungguh dan gembira ketika aktiviti ini dijalankan. Ia dimulakan dengan taklimat oleh guru dari aspek keselamatan, teknik membasuh dan peralatan yang digunakan untuk membasuh kereta. Seterusnya amali membasuh kereta iaitu, menyembur air, syampu kereta, membilas, mengelap kereta dan mengilatkan badan dan tayar kereta dengan bimbingan guru.

Selepas itu murid di ajar cara membersihkan dalaman kereta seperti menggunakan penyedut hampagas untuk menyedut habuk dan sampah di dalam kereta, mengelap kereta, mencuci pelapik kaki dan sebagainya.

Di akhir aktiviti murid diberi peluang untuk mandi dan mengadakan permainan "perang air' iaitu memancutkan air kepada kawan-kawan. Aktiviti berakhir pada jam 9.45 pagi. Murid telah berjaya membasuh 3 buah kereta dengan jayanya,iaitu ketiga-tiganya adalah kereta cikgu (jangan marah ye!!!)

Pada dasarnya objektif aktiviti ini telah tercapai kerana murid telah dapat mengetahui kaedah dan cara membasuh kereta dan peralatan yang digunakanya.


2 ulasan:

  1. bagusnya usaha cikgu cikgi sekalian.. tahniah tapi jangan niat nak pergunakan bebudak tu yer cikguu.. hehehe gurau saja. Kalo x keberatan lawatilah blog saya di http://hotel-to-you.blogspot.com
    p/s: kalo cikgu cikgi sekalian tak keberatan klik la iklan iklan yg ade kat situ.. okie salam

    BalasPadam
  2. http://hotels-to-you.blogspot.com

    BalasPadam