Khamis, 2 September 2010
BULAN PENGHAYATAN RAMADAN
Sepanjang bulan Ramadan, Kelas PPKI Sk Dewan Beta telah mengadakan Bulan Penghayatan Ramadan . Beberapa aktiviti dirancang untuk murid sepanjang bulan Ramadan. Aktiviti yang dirancang mengikut mata pelajaran supaya ia memberi impak yang positif kepada murid.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah:
i. Agama Islam: Adab dan tertib dibulan Ramadan: Ustazah Wan Hazrah
ii. Carta Puasa @ Ramadan: Cikgu Suhaimi
iii. Pendidikan Seni: Membuat Kad Raya kepada ibu bapa: Cikgu Zaleha
iii. Pendidikan Seni: Membuat Kad Raya kepada ibu bapa: Cikgu Zaleha
iv. Muzik dan Gerakan: Menyanyi & Karaoke lagu Raya: Cikgu Azman
vi. Kemahiran Hidup: Membuat kueh juadah bulan ramadan seperti Kueh cara, Buah Melaka
Membuat Kueh Raya: Cikgu Zaleha
v. Sosial Alam Sekitar@ Aktiviti Luar: Mengepos kad raya di Pejabat Pos Wakaf Che Yeh
vi. Sumbangan Duit Raya berdasarkan carta Ramadan.
Aktiviti ini telah dapat dijalankan dengan lancar dan sempurna oleh semua guru dan ppm mengikut jadual yang telah ditetapkan.. Terima kasih kepada semua pihak yang menjayakanya.
Rabu, 28 Julai 2010
LAWATAN KE PAMERAN ULAR

Pada 28 Julai 2010, Kelas PPKI telah mengadakan lawatan ke Pameran Ular di Muzium Negeri Kelantan. Murid dapat melihat pelbagai spesis ular yang dipamerkan. Murid juga dapat melihat Ratu Ular yang tinggal dengan ular di dalam sebuah bilik khas (berkaca) yang terdapat di sudut muzium. Lebih istimewa lagi murid dapat dapat menonton pertunjukkan ular daripada pihak penganjur. Akhir sekali murid dapat bergambar dengan ular sawa. Lawatan selesai pada jam 12.00 tengah hari.
JUALAN AMAL VCD
Kelas PPKI SK Dewan Beta telah mengambil inisiatif menjual vcd dokumentasi gambar PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK DEWAN BETA pada 15-17 Julai 2010 di Sri Pantai, Melawi Bachok untuk mengisi tabung aktiviti kelas. Seluruh warga ppki bekerjasama dalam menyiapkan dalam proses burn,memarket dan melabel vcd. Murid diberi tanggungjawab menjual vcd pada waktu rehat dengan menggunakan pembesar suara. Hasilnya sebanyak 75 keping vcd telah terjual. Setiap vcd dijual dengan harga RM3.00.
Tahniah diucapkan kepada semua murid.
Langgan:
Catatan (Atom)