Rabu, 28 Julai 2010

LAWATAN KE PAMERAN ULAR







Pada 28 Julai 2010, Kelas PPKI telah mengadakan lawatan ke Pameran Ular di Muzium Negeri Kelantan. Murid dapat melihat pelbagai spesis ular yang dipamerkan. Murid juga dapat melihat Ratu Ular yang tinggal dengan ular di dalam sebuah bilik khas (berkaca) yang terdapat di sudut muzium. Lebih istimewa lagi murid dapat dapat menonton pertunjukkan ular daripada pihak penganjur. Akhir sekali murid dapat bergambar dengan ular sawa. Lawatan selesai pada jam 12.00 tengah hari.

JUALAN AMAL VCD







Kelas PPKI SK Dewan Beta telah mengambil inisiatif menjual vcd dokumentasi gambar PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SK DEWAN BETA pada 15-17 Julai 2010 di Sri Pantai, Melawi Bachok untuk mengisi tabung aktiviti kelas. Seluruh warga ppki bekerjasama dalam menyiapkan dalam proses burn,memarket dan melabel vcd. Murid diberi tanggungjawab menjual vcd pada waktu rehat dengan menggunakan pembesar suara. Hasilnya sebanyak 75 keping vcd telah terjual. Setiap vcd dijual dengan harga RM3.00.
Tahniah diucapkan kepada semua murid.

Ahad, 18 Julai 2010

PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM SKDB 2010







Seramai 4 orang murid PPKI SK Dewan Beta telah menyertai perkhemahan Unit Beruniform SKDB di Seri Pantai, Melawi Bachok pada 15 hingga 17 Julai 2010. Murid yang terlibat ialah Muhammad Aizad, Muhammad Nur Fauzan, Muhammad Hakimi dan Muhammad Zaim. Semua aktiviti yang dijalankan dapat disertai dengan jayanya seperti berkawad, ikatan dan simpulan, lari berhalangan, malam kebudayaan dan sebagainya.
Sesungguhnya aktiviti perkhemahan ini dapat membentuk disiplin, jati diri,pengurusan diri dan kerjasama dalam kumpulan. Setelah selesai perkhemahan, Mereka amat gembira walaupun keletihan setelah menjalani aktiviti. Tahniah diucapkan..