Isnin, 29 Jun 2009

Perkhemahan Unit Beruniform di Sri Muara Resort

Pada 25 Jun Yang lalu satu perkhemahan unit beruniform peringkat sekolah telah diadakan di Pantai Sri Muara, Bachok Kelantan. Perkhemahan tersebut adalah yang julung kali diadakan pada tahun ini. Bagi menyahut cabaran tersebut, seramai enam orang murid kelas ppki telah ikut serta. Perkhemahan selama 3 hari 2 malam tersebut memberikan banyak pengalaman pahit dan manis kepada mereka, dimana selama tiga hari itu mereka belajar hidup berdikari serta belajar bergaul dan bekerjasama dengan murid kelas normal. Antara aktiviti yang menarik ialah persembahan malam kebudayaan serta aktiviti kembara dan burung hantu. Apa yang penting dan amat membanggakan ialah mereka dapat mengharungi segala cabaran tersebut dengan sempurna!




Majlis Sambutan Hari jadi

Alhamdulillah Program sambutan harijadi murid telah berjaya dilaksanakan mengikut jadual. Berikut dicatatkan kronologi majlis tersebut tersebut.

8.00 pagi- Murid berkumpul disekolah

8.30 pagi- Bertolak ke Taman Tengku Anis - Mengikut rancangan awal, akan diadakan aktiviti terapi air di situ tetapi nasib tidak menyebelahi kerana kolam disitu dibuka hanya pada waktu petang.

10.30 pagi- Setelah melakukan aktiviti riadah berjalan kaki sambil bersiar - siar di taman haiwan kami bertolak ke Marrybrown Pengkalan Chepa.

11.00 pagi- Majlis sambutan harijadi di mulakan

12.30 petang- Majlis tamat dengan sempurna - Bertolak pulang ke sekolah.

Di sini kami lampirkan sedikit nostalgia bervisual sekitar majlis tersebut untuk tatapan semua:




Ummi baru dikelas kami



Selamat datang diucapkan kepada Ummi baru kelas PPKI iaitu Cik Maharani Binti Mahassan, yang telah mendaftarkan diri sebagai PPM pada 14 Jun 2009. Cik Maharani menggantikan Pn Sameeha yang telah bertukar ke sebuah sekolah di negeri Selangor. Semoga dengan kehadiran Ummi ke kelas PPKI SK Dewan Beta, dapat memberi manfaat kepada semua murid dan kelas...